Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara

Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara

Bekas naib presiden PKR, Tian Chua menggesa kerajaan membuat pusingan U dalam penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat berkaitan Blackrock.

Dalam temu bual di TikTok, dia berkata bukan sesuatu yang luar biasa bagi mana-mana kerajaan untuk membuat pusingan U terhadap keputusannya dan berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian dalam isu MAHB.



“Saya harap kerajaan boleh buat pusingan U , dan kita memang letak harapan tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dia telah secara konsisten mengambil isu ini sejak dia muda.

“Saya tidak tahu bagaimana keputusan ini dibuat sama ada oleh orang lama (pentadbiran sebelum ini) atau oleh pegawai-pegawai kerajaan, tetapi pusingan U itu biasa dalam kerajaan.

“Bila 2018 kita buat pusingan U dalam projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), kita buat pusingan U dalam ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) Dan sesiapa pun tahu dalam kerajaan, tender dah buka pun boleh buat pusingan U.

Apa salahnya kita buat pusingan U demi kepentingan negara dan demi desakan orang ramai,” katanya dalam temu bual dengan saluran pempengaruh media sosial Papa Berry Studios.



Tian Chua, yang adalah bekas ahli parlimen Batu dan terkenal dengan peranannya dalam perjuangan Reformasi Anwar, diminta mengulas isu itu ketika melawat aktivis pro-Palestin M Mythreyar, yang melancarkan mogok lapar sebagai tanda protes terhadap penjualan saham MAHB.

Kontroversi mengenai saham MAHB tercetus pada 15 Mei, apabila Khazanah Nasional Berhad mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi dan Rakan Kongsi Infrastruktur Global (GIP) – melalui GIP Aurea Pte Ltd – akan membentuk konsortium untuk memperoleh saham dalam pengendali lapangan terbang itu.

Keputusan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak selepas didapati Blackrock, sebuah syarikat yang dianggap mempunyai hubungan dengan Israel, membeli GIP.

Anwar bagaimanapun mempertahankan keputusan itu, berkata ekonomi Malaysia akan terjejas jika ia membatalkan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel. Mk



Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker