Pemuda Pas Pulau Pinang desak tukar Pengerusi PN negeri
Pemuda Pas Pulau Pinang desak tukar Pengerusi PN negeri
PEMUDA Pas Negeri Pulau Pinang mendesak supaya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang kini disandang Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai ditukar.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam Muktamad Tahunan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang kali ke-44, baru-baru ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar memaklumkan, usul bagi menukar Pengerusi PN Pulau Pinang itu telah dibawa Dewan Pemuda Pas Kawasan Tasek Gelugor.
Menurut Mohamad Ikhwan Afiq, keputusan mengusulkan pertukaran Dominic melihat kepada beberapa pertimbangan utama.
“Ia melibatkan beberapa perkara termasuk keperluan penstrukturan semula organisasi PN demi kelangsungan PN Pulau Pinang.
“Selain itu, ia juga mengambil kira demografi penduduk negeri Pulau Pinang dan desakan ahli akar umbi.
“Usul ini hangat dibahaskan ketika muktamar berlangsung dengan ramai pembahas mengambil bahagian sebelum usul ini diluluskan secara sebulat suara.
“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan membentangkan usul ini ke peringkat lebih tinggi agar PN terus bertapak kukuh di Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, tahun lalu, Dominic yang diletakkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas tidak dibenarkan menyertai ceramah PN yang diadakan di Sungai Dua.
Bagaimanapun, Dominic yang juga Presiden Gerakan tidak berkecil hati dengan kejadian ‘dihalau’ daripada menghadiri ceramah mega tersebut.
Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut meminta maaf kepada Dominic atas kejadian berkenaan.
Takiyuddin berkata, sebagai Presiden rakan gabungan Pas dalam PN dan calon PRN, kehadiran Dominic perlu ‘dihargai sebagai tetamu’. Utv
Pemuda Pas Pulau Pinang desak tukar Pengerusi PN negeri
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)