Pemandu mabuk rempuh polis direman 4 hari
Pemandu mabuk rempuh polis direman 4 hari
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya, di sini, semalam, direman empat hari.
Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan. FMT
Pemandu mabuk rempuh polis direman 4 hari
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)
You must be logged in to post a comment.