Masa terbaik benamkan Bersatu

Masa terbaik benamkan Bersatu

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berpandangan kini adalah masa terbaik untuk parti itu meneggelamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelasnya, perkara itu tidak mustahil dilakukan oleh UMNO kerana sejarah pernah membuktikan parti serpihan seperti Semangat 46 pun pernah kembali ke pangkuan UMNO.

“Ini waktu terbaik kerana bila Bersatu hilang kuasa ia makin kucar kacir. Itu sebab enam MP dari Bersatu lari. Ia merebak ke akar umbi bila ahlinya hilang jawatan Ketua Kampung, ahli majlis dan lain lain,” kata Puad yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Dalam pada itu, Puad berkata, Bersatu kini tidak mempunyai tokoh yang boleh dijadikan poster boy untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak.

Beliau berkata, tiada pemimpin yang layak dijadikan poster boy bagi gabungan itu untuk menghadapi PRU-16.

“Mana mungkin Mat Jargon. Tun Faisal jauh sekali. Bukan selamatkan Malaysia tapi dirinya. Sebab itu Bersatu makin mereput,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua jawatan tertinggi dalam parti itu mungkin tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu pada Oktober ini.

Malah Muhyiddin berkata, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat sebelum tempoh pencalonan pemilihan parti tersebut kelak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, hanya jawatan presiden parti itu tidak dipertandingkan selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November lalu yang sebulat suara memutuskan Muhyiddin kekal sebagai presiden parti bagi pemilihan akan datang. MG

Masa terbaik benamkan Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker