Polis cari Lelaki sengaja rosakkan kereta orang dicari polis

Lelaki sengaja rosakkan kereta orang dicari polis

SEREMBAN: Tanpa diketahui puncanya, seorang lelaki dikesan bertindak khianat apabila mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Jumaat itu, pemilik kereta yang juga seorang wanita bernasib baik kerana kelakuan aneh lelaki terbabit dirakam kamera papan pemuka sebelum ia ditularkan menerusi media sosial.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.46 petang.

“Wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor, mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya di letakkan di lokasi untuk pergi bekerja.

“Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, wiper hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohamad Hatta berkata, wanita itu dipercayai meletakkan keretanya di lokasi kejadian, sebelum ke tempat kerja dengan menumpang kereta rakan sekerja.



“Suspek sudah dikenal pasti, usaha mengesan dan menangkapnya sedang dijalankan. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain,” katanya.

Justeru beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346. BH

Lelaki sengaja rosakkan kereta orang dicari polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker