Kerjasama UMNO-Bersatu bukan 1 pilihan
Kerjasama UMNO-Bersatu bukan 1 pilihan
Seorang bekas pemimpin Umno berpendapat sebarang usaha menyatukan parti itu dengan Bersatu bukan satu pilihan, sambil menegaskan kedua-duanya tidak boleh bersama.
Bekas bendahari Umno Salleh Said Keruak berkata objektif utama parti itu untuk merampas semula kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu.
“Sebarang perbincangan kerjasama politik antara Umno dan Bersatu bukanlah satu pilihan. Kita perlu menumpukan sumber politik kita ke arah memenangi semula kerusi tewas kepada Bersatu semasa PRU15.
Jadi sasaran utama jentera politik Umno dan BN untuk pilihan raya umum akan datang adalah untuk memenangi semula kerusi tewas kepada Bersatu pada November 2022, katanya dalam kenyataan.
Sabtu lalu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil berkata parti itu perlu memutuskan segera sama ada untuk bersama Pakatan Harapan (PH) atau bertanding solo dengan menggabungkan semula kekuatan parti Melayu Islam menerusi Muafakat Nasional (MN).
Isham berkata objektif utama sebelum PRU16 adalah untuk mengembalikan MN supaya parti Melayu Islam iaitu PAS, Bersatu, dan Umno bergabung untuk mencapai kemenangan.
Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi pula berkata parti itu wajar bertindak balas menenggelamkan Bersatu yang diwujudkan untuk membunuh Umno.
Menurutnya, keadaan itu tidak mustahil mengambil contoh anggota Semangat 46 kembali ke pangkuan Umno.
Sebab itu enam Ahli Parlimennya lari, ia merebak ke akar umbi bila ahlinya hilang jawatan Ketua Kampung, ahli majlis dan lain lain, katanya.
Puad merujuk tindakan enam wakil rakyat terlucut keahlian Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). FMT
Kerjasama UMNO-Bersatu bukan 1 pilihan
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)