Isu penahanan warga Israel, mungkin Presiden PAS boleh jawab
Isu penahanan warga Israel, mungkin Presiden PAS boleh jawab
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini mengarahkan seorang timbalan menteri tidak melayan soalan yang dibangkitkan RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) ketika membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Semasa sesi perbahasan, Rayer beralih daripada bercakap mengenai peruntukan Sosma kepada mempersoalkan peranan peguam yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) dalam membela seorang warga Israel yang baru-baru ini ditangkap dan didakwa memiliki senjata api dan peluru.
Sambil berkata dia mengakui hak seorang peguam untuk membela mana-mana anak guam di mahkamah, wakil rakyat DAP itu mendakwa bahawa seseorang yang mewakili parti politik tidak sepatutnya mengambil kes sedemikian.
“Pagi tadi juga saya dituduh anti-Islam. Pihak-pihak sebelah sana (pembangkang) selalu keluar kenyataan ini.
“Tapi adakah patut seseorang bertanding tiket PN bela seorang warga Israel yang dituduh simpan pelbagai senjata dan peluru dan dihadapkan ke mahkamah?
“Apa pendirian pihak-pihak di sebelah sana? Kita kecam Israel, keganasan dilakukan terhadap warga Palestin dan sebagainya,” kata Rayer.
Dia merujuk kepada peguam Naran Singh, yang bertanding untuk PN di Perak semasa pilihan raya umum (PRU) ke-15. Naran dilaporkan telah diupah oleh tertuduh, Avitan Shalom untuk mewakilinya dalam perbicaraan jenayahnya.
Kenyataan Rayer itu mencetuskan kekecohan di kalangan wakil PN, yang mengkritik Ahli Parlimen Jelutong itu kerana melencong daripada isu utama yang dibincangkan.
Kemudian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran dalam ucapan penggulungannya menyentuh isu itu.
Kulasegaran setuju Rayer melencong jauh, sebelum Johari memberitahunya supaya tidak melayan soalan Rayer.
“Saya tidak benarkan soalan itu. Tidak perlu jawab,” kata Johari.
Walaupun dia bersetuju untuk mematuhi arahan itu, Kulasegaran menyebut mungkin Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang hadir perlu menjawab isu tersebut.
“Oleh kerana Tan Sri (Johari) kata saya tidak perlu menjawabnya, maka okey. Tetapi Presiden PAS ada di sini.
“Mungkin persoalan yang dibangkitkan Jelutong ini boleh dijawab oleh presiden PAS,” katanya. Mk
Isu penahanan warga Israel, mungkin Presiden PAS boleh jawab
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)