Jatuh maruah! Bekas Mufti bidas jual durian tayang ‘body sado’

PETALING JAYA – Perbuatan sengaja mendedahkan bahagian ‘six pack’ tanpa sebarang keperluan bukanlah suatu perbuatan yang dianggap elok.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahkan ia boleh menjatuhkan maruah seorang lelaki Muslim yang sopan dan beradab, terutamanya dalam konteks budaya dan masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, menjauhi dan meninggalkan perbuatan sengaja mendedahkan bahagian ‘six pack’ tanpa sebarang keperluan adalah lebih baik dan jauh daripada fitnah sekali gus ia adalah lebih utama

“Kami berpendapat bahawa tidak sepatutnya seseorang lelaki itu menjual durian mahupun apa-apa barangan sekalipun sambil mendedahkan badan atau bahagian ‘six pack’ (yang berada di atas pusat).

“Meskipun ia tidak termasuk dalam bahagian aurat lelaki kerana aurat lelaki adalah bahagian yang berada di antara pusat dan lututnya mengikut jumhur ulama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi penjelasan soal jawab agama pada aplikasi Alinarah berhubung pertanyaan pengirim mengenai orang lelaki yang menjual durian sambil tayang badan ‘six pack’.

Zulkifli berkata, lelaki atau wanita perlu sentiasa memelihara diri masing-masing dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan tohmahan serta mencemarkan maruah dan imej sebagai Muslim dan Muslimah.

“Ingatlah sebelum melakukan sesuatu tindakan atau apa-apa perkara fikirkan terlebih dahulu kesannya buat diri, keluarga dan agama. Ini selari dengan kaedah yang menyebut, ‘berhati-hatilah kamu dengan ruang-ruang tohmahan’.

“Begitu juga Umar R.A pernah berkata yang bermaksud, ‘sesiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, dia akan ditohmah’,” jelasnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker