‘Baliklah Farah, kami menunggumu’
‘Baliklah Farah, kami menunggumu’
TANJUNG MALIM: “Baliklah Farah (Nur Farah Kartini Abdullah) semua orang sedang menunggu kamu, terutama emak. Kasihanilah emak kamu,” kata wakil pengurusan sebuah syarikat perkhidmatan kereta sewa di sini.
Wakil yang tidak mahu identitinya disiarkan, menyifatkan Nur Farah Kartini, 25, adalah seorang yang komited dalam kerja sepanjang hampir setahun membantu menguruskan perkhidmatan sewa kereta kepada sesiapa yang mahukan kenderaan itu.
“Dia tidak bekerja dengan syarikat ini, sebaliknya hanya membantu sesiapa yang mahu menyewa kereta kerana mendapat komisen daripada usaha itu.
“Menerusi kerja secara sambilan ini juga, dia membantu pelajar universiti yang mencari kereta sewa jika mereka mahu ke mana-mana destinasi,” katanya.
Mengimbas kali terakhir Farah yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berurusan dengan syarikat terbabit, beliau berkata, gadis itu hilang menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di taman perumahan kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.
“Selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di taman itu, saya difahamkan Farah beredar dengan menaiki sebuah kereta berwarna merah tetapi model kereta dan nombor pendaftaran yang dinaiki itu tidak diketahui, secara kebetulan pagi itu hujan.
“Sebelum kejadian itu, seorang wakil pengurusan syarikat ada menghubungi Farah untuk menghantar kereta sewa berkenaan sebelum dia membalas pesanan menerusi WhatsApp seperti biasa.
“Komunikasi terakhirnya dengan wakil pengurusan syarikat pada jam 8.14 pagi dan selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi sehingga sekarang,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya ada menghubungi telefon bimbit yang digunakan gadis itu tetapi tiada jawapan, selain pesanan WhatsApp yang dihantar juga tidak dibalas atau dibaca.
Katanya, ibu dan ahli keluarga Farah berasal dari Sarawak, tetapi gadis itu mempunyai saudara yang tinggal di Semenanjung.
“Pada malam hari kejadian, abang Farah yang tinggal di Selangor datang ke Tanjung Malim bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan tentang adiknya.
“Saya mohon pada Farah kalau terbaca berita ini, pulanglah Farah kerana kami semua tunggu dia kembali dengan selamat,” katamya,
Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada jam 1.56 pagi, semalam.
Wanita itu dilaporkan hilang selepas tidak pergi ke tempat kerja seperti biasa.
Kali terakhir dilihat, Nur Farah Kartini dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam. BH
‘Baliklah Farah, kami menunggumu’
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
Harith Iskandar buka mulut akhirnya