Solat dhuha, jangan menjadi penyebab syirik kecil

Solat dhuha, jangan menjadi penyebab syirik kecil

Solat dhuha adalah solat sunat yang dikenali dengan solat sunat awwabin atau solat sunat taubat. Yang dikatakan waktu sesuai untuk melaksanakan solat ini ialah apabila anak unta berasa panas iaitu di antara ketika matahari mulai naik sehingga matahari mulai condong. Ia merujuk pada waktu pagi dan ini yang dikaitkan dengan solat sunat dhuha.

Jumhur ulama menyatakan bahawa solat dhuha termasuk amal sunat muakkad iaitu solat sunat yang dituntut dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. juga selalu mengerjakannya.

Malah Baginda s.a.w. turut menggalakkan serta mewasiatkan kepada para sahabat agar mendirikan solat ini. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya,

“Kekasihku Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, iaitu berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur” (HR Bukhari)

Menurut Pensyarah di Jabatan Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Helmi Afizal Zainal, terdapat banyak lagi hadis lain yang turut memperkatakan tentang solat ini, bagaimana cara dan waktu yang sesuai untuk mengerjakannya serta jumlah rakaatnya.

“Tidak salah mempraktikkan solat sunat ini kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengamalkannya. Tetapi jangan terlalu memikirkan tentang hikmah dan kelebihan yang diperoleh di sebalik solat tersebut. Kebanyakkan hadis yang mengaitkan tentang kelebihan solat ini adalah hadis yang tidak berapa kuat atau hadis dha’if”

Ujarnya lagi, matlamat utama solat itu akan membawa kita ke syurga. Soal kaya atau miskin, Allah yang menentukan. Sekiranya kita menunaikan solat bukan kerana Allah tetapi disebabkan tujuan lain, solat itu dianggap sudah terpesong daripada niat asal, tidak ikhlas dan ia boleh dianggap sebagai syirik kecil.

Tidak dinafikan ramai yang mengaitkan solat dhuha dengan kurniaan rezeki yang luas. Adapun rezeki yang dimaksudkan apabila mengerjakan solat ini boleh dilihat dengan konteks yang lebih luas meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan dan sebagainya. Ia bukan hanya merujuk kepada kejayaan dan kekayaan harta semata-mata.

Dalam hal ini, dia turut menyeru kepada umat Islam agar berhati-hati kerana terdapat juga hadis yang sengaja direka terutama berkait dengan fadilat dan kelebihan. Dalam masa yang sama ada juga Allah memberikan rezeki dan apa yang diminta kepada seseorang itu dengan tujuan untuk menguji hamba Nya.

“Jika kita lihat golongan miskin lebih ramai yang masuk syurga berbanding golongan kaya kerana orang miskin tidak perlu melalui hisap yang panjang berkaitan hartanya.”

Dan tahukah anda, nabi yang kira-kira 40 tahun lebih lewat masuk syurga berbanding nabi-nabi lain ialah Nabi Sulaiman. Itu kerana Baginda memiliki segala-galanya seperti kekayaan dan dilantik sebagai pemerintah.

Walau bagaimanapun ia tidak bermaksud mereka yang kaya tidak boleh syurga. Tetapi harus berhati-hati apabila ingin mengerjakan solat ini. Jangan letakkan matlamat melaksanakan solat dhuha semata-mata untuk mendapat kekayaan dan berharta. Tetapi sebaiknya niatkanlah melaksanakan solat ini kerana Allah, Insya Allah pasti Allah akan membalasnya dengan berlipat kali ganda. Wallahu a’lam Utv

Solat dhuha, jangan menjadi penyebab syirik kecil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker