Nak jual durian pun kena tayang body? (Video)

Nak jual durian pun kena tayang body? (Video)

Peniaga durian yang tular kerana video menjual durian sambil tak pakai baju akui kekhilafan dan meminta maaf.

Sebelum ini tular satu video di platform TikTok di mana peniaga durian terdiri daripada beberapa orang lelaki berbadan sado telah menayangkan otot mereka kepada umum.



Video tersebut menarik perhatian ramai. Dan mereka mendedahkan bahawa, kesan daripada viral itu, ketika ini mereka mampu menjual 1.5 tan durian dalam masa sehari.

Membolehkan mereka meraih pendapatan sekitar RM10,000 sehingga RM15,00 sehari.

Namun begitu ramai yang mengkritik cara publisiti tersebut yang dianggap tidak senonoh kerana tampil tidak berbaju di khalayak ramai semata mata meraih viral.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ianya dianggap memberikan pengaruh yang agak negatif kepada masyarakat.



Ramai yang mengkritik ianya sebagai publisiti murahan dengan cara murahan.

Bercakap kepada Astro Gempak, salah seorang peniaga yang terlibat iaitu Irfan mengakui mereka menerima banyak kritikan kerana tindakan mereka.

Dan akhirnya mereka meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Dia menasihati agar orang ramai menjadikan kesilapan mereka sebagai teladan dan tidak mengikut apa yang salah.



Irfan menyatakan mereka tidak sengaja merakam video tanpa memakai baju itu kerana ianya spontan. Ketika itu mereka bekerja seperti biasa. Tetapi hari itu akibat cuaca panas maka mereka membuka baju mereka.

“Kami tak sangka konten menjadi viral. Kami tidak pernah menyokong konten yang negatif atau tak baik. Dan apa yang berlaku adalah tidak sengaja,” tegas Irfan.

“Kami berniaga dengan memakai baju seperti biasa. Cuma waktu itu sahaja hari cuaca panas dan kebetulan kami pun buka baju,” tambah dia lagi.

“Kami cuma boleh memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa. Kami sebenarnya mahu memuat naik ia sebagai konten bagi tujuan hiburan semata mata,” tuntasnya lagi.



Menurut Irfan mereka sebelum ini tidak pernah merancang untuk membuat konten dengan tidak berbaju dan mereka benar benar kesal atas apa yang berlaku. Vc

Nak jual durian pun kena tayang body? (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya



Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker