Bersediakah peniaga kecil laksana e-invois?

Bersediakah peniaga kecil laksana e-invois?

E-invois diperkenalkan kerajaan antaranya untuk mengukuhkan sistem cukai negara selain meningkatkan ketelusan dan meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai secara sukarela.

Sebagai permulaan proses penghantaran invois daripada penjual kepada pembeli dalam format elektronik bersepadu itu wajib dilaksanakan syarikat merekodkan jualan tahunan lebih RM100 juta mulai 1 Ogos depan.

Namun kurang sebulan menjelang pelaksanaannya itu, timbul kebimbangan berkait kesan rantaian terutama kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) walaupun mereka tidak termasuk dalam kumpulan fasa pertama diwajibkan mematuhinya.

Kelompok itu termasuk peniaga kecil menjadi nadi kitaran ekonomi setempat selain menanggung perbelanjaan keluarga antaranya pengusaha berniaga dari rumah, ibu tunggal dan peniaga luar bandar.

Pemain industri membangkitkan kebimbangan kesan rantaian itu boleh menyebabkan pengusaha kecil gulung tikar manakala peniaga pula menyatakan belum bersedia membelanjakan kos tinggi untuk menyediakan sistem e-invois.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) William Ng berkata walaupun mengikut pengumuman pelaksanaan e-invois untuk pengusaha PMKS hanya bermula 1 Jul tahun depan namun mereka masih berdepan risiko.

Menurutnya, paling terkesan kumpulan peniaga kecil bernaung di bawah syarikat besar seperti e-dagang yang mungkin masih belum bersedia sepenuhnya disebabkan kekangan kemudahan serta kemampuan kewangan menyediakan sistem terbabit.

“Walaupun difahamkan e-invois tidak diperlukan sebagai bukti perbelanjaan ketika memfailkan cukai, namun banyak syarikat besar telah menghantar notis termasuk kepada PKS untuk mengikutinya atau berdepan risiko dinyahsenarai.

“Ini bermakna PMKS juga perlu mengeluarkan e-invois seperti diminta syarikat besar (platform e-dagang mereka bernaung) untuk meneruskan proses continuous transaction control (CTC) (dalam proses cukai),” katanya.

Risiko ‘gulung tikar’

Sementara itu, seorang wakil penyedia platform e-dagang menyuarakan kebimbangannya berhubung kesediaan PKS berdepan kesan rantaian yang mungkin menyebabkan ada diantaranya terpaksa ‘gulung tikar’ sekali gus menghentikan mata pencarian.

Mengakui manfaat pelaksanaan e-invois untuk memperkemaskan sistem percukaian, namun beliau berkata: “Kerajaan perlu mengambil kira kumpulan ini termasuk mereka di kawasan luar bandar yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang pendigitalan dan kadar penerimaan teknologi rendah.

“Kesediaan mereka terhadap pelaksanaan e-invois mesti diambil kira,” katanya yang mencadangkan kerajaan menangguhkan terlebih dahulu mewajibkan pelaksanaan elektrik invois untuk sektor tertentu termasuk e-dagang bagi memastikan kelancarannya pada masa depan.

Beliau berkata PKS terbabit juga perlu menanggung kos pelaburan untuk menyediakan infrastruktur pendigitalan disusuli penyelenggaraan berkala yang pulangannya memakan masa lama.

Pendapatnya turut disokong wakil syarikat mengusahakan perniagaan makanan yang bimbang kesan rantaian menyebabkan vendornya tidak lagi boleh beroperasi kerana kekangan keperluan melaksanakan e-invois menjelang Julai tahun depan.

“Kita tahu hasrat kerajaan memperbaiki sistem percukaian namun perlu pertimbang situasi peniaga, masih ramai belum sedia.

“Harap kerajaan laksana secara berperingkat mengikut kesesuaian ekonomi sekarang, contohnya ramai berniaga dalam talian bernaung di bawah syarikat besar untuk tingkat pendapatan…ini kena tengok,” kata wakil syarikat penghantaran makanan itu.

Apa kata peniaga?

Di sebalik pengumuman Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan pada 2 Jul lalu berhubung pengecualian untuk peniaga mencatatkan jualan tahunan bawah RM150,000 mengeluarkan e-invois, namun masih timbul kebimbangan di kalangan pengusaha lain.

Seorang peniaga makanan kesihatan haiwan peliharaan mengakui syarikat seperti mereka yang merekodkan purata jualan di antara RM200,000 hingga RM300,000 sebulan juga sepatutnya diberi pengecualian sementara waktu kerana kekangan kos selain margin keuntungan rendah.

“Jujurnya kami tidak akan labur besar kerana keuntungan dalam e-commerce agak rendah,” katanya mengulas kesediaannya mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi menyediakan sistem mengeluarkan e-invois serta penyelenggaraan.

Peniaga berusia 33 tahun yang turut bimbang kakitangannya sukar mengendalikan teknologi penyediaan e-invois yang mungkin boleh menjejaskan kelancaran peniagaannya.

Bagi peniaga telefon bimbit dan aksesori yang turut menjalankan urus niaga secara dalam talian, beliau jugak ‘agak keberatan’ melabur untuk menyediakan sistem e-invois atas yang menelan kos tinggi.

“Saya tidak sedia melabur kerana tambah kos perniagaan dan ganggu aliran tunai,” katanya yang turut menyatakan kebimbangan dalam aspek pelaksanaan sistem itu.

“Ia mungkin membabitkan banyak dokumen dan memerlukan tambahan pekerja untuk menguruskannya.” FMT

Bersediakah peniaga kecil laksana e-invois?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker