Alif Teega, isteri gagal dapat permohonan semak perintah reman
Alif Teega, isteri gagal dapat permohonan semak perintah reman
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik kekal direman empat hari selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan yang difailkan Mohd Hazalif Mohd Sani, 30, atau Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, selepas mendapati Majistret Putrajaya mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dalam membenarkan permohonan reman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya telah memeriksa rekod prosiding kes ini dan selepas menimbang hujah kedua-dua pihak, saya dapati Majistret Putrajaya mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dalam membenarkan permohonan reman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Isu tiada nexus (kaitan) antara pemohon dengan kesalahan yang disiasat tidak mempunyai merit apa-apa kesalahan yang dilakukan pemohon-pemohon jika ada hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai.
“SPRM seharusnya dibenarkan melengkapkan siasatan mereka terhadap pemohon, oleh itu perintah reman oleh Majistret Putrajaya ke atas pemohon-pemohon adalah sah, permohonan semakan ditolak,” katanya hari ini.
Terdahulu dalam prosiding semakan itu, Abd Rahim Ali yang mewakili pasangan suami isteri itu berhujah anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam seperti yang tertakluk dalam Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd hanyalah Orang Yang Disyaki (OYDS) pertama dan kedua. Ahli-ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.
“Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan, maka perintah reman yang diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan,” katanya.
Mendengar hujah itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah dan menyifatkan Seksyen 23 hanyalah asas siasatan dan tidak semestinya OYDS akan dituduh mengikut seksyen itu.
“Seksyen 23 Akta SPRM 2009 hanyalah permulaan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
“Permohonan semakan ini adalah pramatang kerana tiada apa-apa asas untuk mengatakan siasatan telah selesai dan tiada kesalahan di bawah seksyen itu,” katanya.
Ahmad Akram berkata, prosedur reman itu adalah penting untuk kedua-dua pemohon dalam membuktikan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan atau sebaliknya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How menegaskan permohonan reman ini dibuat oleh SPRM kerana terdapat dakwaan platform JomDonate yang digunakan kedua-dua pempengaruh itu untuk mengumpul derma daripada orang awam.
“Jadi, ia adalah dana awam yang dimasukkan ke dalam platform itu dan fakta mengapa terdapat syarikat yang mendapat kebenaran untuk mengutip derma perlu disiasat dengan jelas,” katanya.
Semalam, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman Mohd Hazalif dan Aisyah Hijanah untuk disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Irza Zulaikha mengeluarkan perintah terhadap pasangan yang mencipta kontroversi berhubung masalah rumah tangga itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pempengaruh media sosial itu disiasat bagi kes penyelewengan dana derma awam, disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020.
Sumber berkata, siasatan mendapati kutipan derma diseleweng apabila tidak disalurkan dengan cara yang betul.
“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.
Turut direman, dua lagi lelaki iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar platform kutipan derma berkait kes yang sama. HM
Alif Teega, isteri gagal dapat permohonan semak perintah reman
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
You must be logged in to post a comment.