Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi

Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi

Seorang pemimpin Umno Sabah mendakwa ketuanya Bung Moktar Radin mempunyai kuasa autonomi menentukan jajaran kerjasama rakan politik termasuk menandatangani watikah pelantikan calon untuk PRN Sabah.

Menafikan Umno Sabah tidak diberi ‘keistimewaan’ itu, Ketua Penerangan Suhaimi Nasir berkata Presiden Zahid Hamidi dalam pertemuan dengan pimpinan negeri baru-baru ini memaklumkan ‘urusan PRN Sabah bawah kuasa Bung’.

Namun, Zahid mahu segala strategi dan kerjasama berkenaan selari dengan jajaran di pusat membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dedah Ahli Parlimen Libaran itu.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Umno Sabah Abdul Rahman Dahlan mendakwa Umno pusat tidak memberikan autonomi kepada mereka dalam menentukan rakan politik menjelang PRN.

Rahman yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mendakwa, ia bagi mengelak ‘kejanggalan’ dalam dasar parti, sambil menyatakan Umno pusat tidak mahu negeri-negeri membuat keputusan tidak selari dengan pandangan atau kedudukan mereka.

“Dia (Rahman) kata pusat tak bagi autonomi kepada kita, itu tidak benar. Presiden sendiri maklumkan urusan calon, rakan kerjasama PRN kita tentukan tetapi untuk Parlimen itu bawah kuasa pusat,” kata Suhaimi.

Suhaimi mendakwa tindakan Rahman mendahului Bung sebagai ketua Umno negeri berkait misinya untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

“Beliau ada misi nak tumbangkan Bung dan berhasrat nak jadi ketua, tetapi misi itu sehingga hari ini tidak menjadi dan hanya berlalu begitu saja malah makan dirinya semula.

“Bila dia jemput Zahid ke mesyuarat Umno Tuaran tempoh hari, dia ingat presiden akan umum untuk tukar ketua negeri, tetapi itu tak berlaku,” dakwanya.

“Kerana presiden cukup matang untuk menilai dan menentukan siapa layak jadi ketua Umno Sabah. Nasihat kami pada Rahman, cukup-cukuplah cipta naratif untuk jatuhkan Umno Sabah.”

Rakyat Sabah tak terima Rahman

Desas-desus kerjasama Warisan dan Umno untuk berdepan PRN mula bertiup sejak Disember lalu susulan kehadiran Bung ke Perhimpunan Agung Tahunan Warisan diketuai bekas ketua menteri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, ada juga ura-ura kerjasama BN-PH bersama beberapa parti lain untuk berdepan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Baru-baru ini, Bung menegur tindakan Rahman menjemput Hajiji ke majlis perasmian mesyuarat Umno Tuaran pada 22 Jun lalu disempurnakan Zahid yang disifatkan ‘tidak tepat dan silap’.

Bagaimanapun, Rahman menegaskan Umno Tuaran diketuainya mempunyai hak menjemput sesiapa termasuk Hajiji dengan jemputan dibuat kerana menghormati formasi kerjasama kerajaan perpaduan di peringkat nasional.

Menurut Suhaimi, walaupun Rahman mempunyai kedudukan sebagai ahli MKT Umno, itu belum cukup kuat untuk menjadi pemimpin peringkat negeri.

“Dia menang MKT sebab undi dalam parti saja, bukan rakyat…dia dah kalah (pilihan raya) berapa kali, bertanding mana-mana pun kalah, kalau kalah maksudnya dia tak diterima rakyat Sabah.

“Kalah dua kali bagi saya cukuplah, jangan sampai kali ketiga…malulah.”

Rahman menjadi Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dari 2008, namun kalah di Parlimen Sepanggar pada PRU 2018 dan Kota Belud (PRU 2022).

Empat tahun lalu menjelang PRN16, kedua-dua pemimpin itu juga pernah ‘bertelagah’ apabila Rahman mengetuai beberapa pemimpin Umno Sabah membantah pelantikan Bung sebagai pengarah jentera pilihan raya parti. FMT

Suhaimi ‘basuh’ Rahman berkenaan dakwaan UMNO Sabah tiada autonomi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker