Zainal Rampak meninggal dunia

Zainal Rampak meninggal dunia

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak, meninggal dunia pagi ini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau adalah pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

Katanya, Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau.

Beliau berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari tahun 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

“Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004,” katanya dalam kenyataan. BH

Zainal Rampak meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker