Ustaz Don Daniyal sah ‘disingkirkan’ dari Suria FM

 

Atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pendakwah Ustaz Don Daniyal tidak lagi bersiaran di stesen radio Suria FM menerusi segmen Don Give Up dalam slot Morning-Morning Suria bermula esok.

Wakil pengurusan stesen terbabit berkata, tindakan tersebut diputuskan bagi mematuhi arahan JAIS sehingga keputusan rasmi dikeluarkan agensi terbabit.



“Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal, penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada JAIS.

“Kami di Suria FM sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa selain akan memaklumkan sebarang perkembangan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tindakan itu dibuat selepas JAIS mengeluarkan arahan pada 21 Jun lalu kepada semua agensi, masjid dan surau untuk menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal untuk sebarang acara.

Dalam laporan media, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama disampaikan pendakwah itu disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.



Terdahulu, Don Daniyal Don Biyajid, 39, ‘direhatkan’ daripada bersiaran bagi program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM pada 5 Jun lalu.

Perkara tersebut berkaitan isu pertikaian dalam media sosial mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang dibincangkan dalam program itu

Keputusan juga dikongsikan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi hantaran ciapan di laman sosial X.

Don Daniyal mengendalikan Don Give Up bermula 1 Januari 2023 yang memerlukannya menjawab kemusykilan agama daripada pendengar radio berkenaan pada setiap Jumaat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis



Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya



Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker