‘Syabu dijual macam pisang goreng, murah pulak tu’
‘Syabu dijual macam pisang goreng, murah pulak tu’
Kerajaan digesa merangka mekanisme membanteras dadah secara besar-besaran selepas bahan terlarang itu terutama syabu didakwa dijual seperti ‘pisang goreng’.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa dadah terutama syabu semakin mudah didapati dengan harga murah, selain menyifatkan keadaan itu sangat membimbangkan.
Situasi itu, katanya, menyebabkan isu penagihan dadah di negara ini sukar ditangani sehingga memerlukan pindaan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Beliau antara lain mempersoalkan tindakan penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkuasa berkaitan dalam membanteras isu berkenaan.
“Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 ini sebenarnya penting apabila negara yang banyak anak muda menagih (dadah).
“Keadaan ini sudah tentu tidak menjamin masa depan negara yang baik. Dadah jenis syabu ini memang tegar, di Kinabatangan ada di Sandakan ada Kota Kinabalu ada.
“Saya perhatikan dadah jenis syabu ini macam menjual pisang goreng di semua penjuru boleh dapat, RM30 boleh dapat saya pun hairan dari mana datang benda ini?” katanya pada sesi perbahasan RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Bung berharap kerajaan melaksanakan pindaan RUU berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan menyeluruh bagi memastikan masalah penagihan dadah ditangani secara menyeluruh.
Katanya, selain perhatian untuk merawat penagih dadah, kerajaan perlu memastikan golongan terbabit memiliki kemahiran bagi mendapatkan peluang pekerjaan selepas menjalani pemulihan.
“Hari ini ratusan (rakyat) jadi penagih, akhirnya kita sumbat ke penjara, kemudian masa depan tiada. Patutnya kita wujudnya pusat serenti lebih banyak, mungkin kita wujudkan sekolah (latihan) vokasional atau TVET untuk mereka yang dirawat.
“Selain memulihkan, mereka keluar ada keyakinan, ada kemahiran… boleh cari peluang pekerjaan. Sebab selalunya penagih selalu menerima pandangan rendah (negatif) daripada masyarakat.
“Jangan kita laksanakan sistem macam melepaskan batuk di tangga, seolah-olah ada akta begini cukuplah, tiada ‘follow up’, pematuhan atau tindakan untuk memastikan perancangan baik,” katanya. BH
‘Syabu dijual macam pisang goreng, murah pulak tu’
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma
You must be logged in to post a comment.