‘Saya muat naik video itu untuk orang sedar, hormati guru’
‘Saya muat naik video itu untuk orang sedar, hormati guru’
“Niat saya cuma satu iaitu mahu orang ramai menghormati guru. Sama ada dia guru sekolah kerajaan atau swasta.”
Itu kata pemuda dikenali Furqan, 26, yang memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang bapa mengamuk di hadapan sebuah sekolah agama, gara-gara rambut anaknya digunting tanpa keizinan.
Dia yang juga guru separuh masa di sebuah pusat tahfiz di Selangor berkata, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu dan dikongsikan di media sosial pada Isnin lalu sebelum tular sejak semalam.
Menurutnya, tujuan asal video itu dimuat naik sebagai respons kepada pertanyaan orang ramai mengenai sebab dia berhenti menjadi guru sepenuh masa.
“Sejujurnya, saya muat naik video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama pelajar dan ibu bapa agar menghormati guru. Anak kita dapat ilmu daripada guru.
“Berdasarkan insiden itu, apa boleh dikatakan adalah semua masalah boleh diselesaikan tanpa membabitkan emosi. Kalau guna emosi, memang akan kalah teruk. Percayalah, kemenangan akan berpihak kepada yang tenang.
“Guru disiplin memang kena disiplinkan pelajar. Mana-mana guru pun tidak dapat untung apa-apa. Memang niat (guru) mahu mendidik,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, keputusan memuat naik video itu dibuat atas kesedaran dan tanggungjawabnya sendiri tanpa membabitkan mana-mana pihak sekolah.
“Saya sudah pun memadamkan video itu selepas mendapat pelbagai maklum balas. Cuma, saya berharap insiden itu dapat memberikan pengajaran kepada ibu bapa.
“Saya nak betulkan pemikiran ibu bapa yang mana, hanya kerana anak bersekolah di sekolah swasta, rasa hormat terhadap guru ditolak tepi. Itu tidak patut berlaku,” katanya.
Terdahulu, video tular itu menunjukkan bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting ustaz tanpa keizinan.
Difahamkan, guru itu berbuat demikian kerana pelajar terbabit melanggar peraturan dengan menyimpan rambut panjang.
Turut kedengaran ayat ‘rambut panjang tak masuk neraka’ didakwa disebut bapa pelajar itu ketika menengking guru berkenaan. HM
‘Saya muat naik video itu untuk orang sedar, hormati guru’
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
You must be logged in to post a comment.