Saya dicop artis kahwin, cerai – Aishah

Saya dicop artis kahwin, cerai – Aishah

Tanpa angin, tanpa ribut, timbul kisah penyanyi bersuara lunak, Datuk Aishah Ariffin kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Spekulasi tercetus berikutan tular foto penyanyi berusia 59 tahun itu menggayakan persalinan serba putih dengan solekan persis pengantin.



Bagaimanapun, menerusi hantaran yang berlegar dalam media sosial tidak kelihatan kelibat pengantin lelaki.

Enggan terus diselubungi tanda tanya, Aishah berkata, dia sudah boleh mengagak pasti spekulasi itu jadi persoalan.

“Selepas foto tular, memang ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan. Bahkan ada juga yang ucapkan tahniah.

“Saya hargai keprihatinan anda, tetapi untuk pengetahuan, saya belum berkahwin.



“Foto ini dirakam ketika saya menjalani penggambaran untuk satu projek yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Secara kebetulan, seorang teman ada bersama dan merakamkan gambar saya dari segenap sudut termasuk jari berhias cincin dan dikongsikan dalam media sosial.

“Disebabkan itu, ramai menyangka saya kembali berumah tangga. Semua ini hanya salah faham sahaja,” katanya.

Penyanyi Janji Manismu itu berkata, dia tiada masalah apabila foto tular. Cuma, tak sedapnya, bila ada yang mengambil kesempatan mengecamnya dengan mengungkit kisah silam.



“Ramai ucap tahniah dan gembira melihat saya bahagia, namun ada juga seolah-olah tak puas hati dan mudah menjatuhkan hukum.

“Saya dicop artis kahwin dan cerai. Soal jodoh, semuanya ketentuan Tuhan dan tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai.

“Buat masa ini, saya tiada masa nak fikir dan mencari calon suami. Jujurnya, saya sudah malas.

“Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Tiada suami tidak bererti tak bahagia. Orang perempuan okay sahaja hidup seorang.



“Masa saya banyak terisi dengan kerjaya dan membuat kraftangan. Hidup saya fokus jaga anak-anak dan kucing peliharaan,” ujarnya.

Katanya, dia akan pukul kompang dan beritahu semua orang jika kembali berumah tangga.

“Saya tidak akan merahsiakannya. Berdosa kalau kita menipu cakap tak kahwin, tapi sudah berkahwin,” katanya.

Mengulas kenapa agak ‘low profile’ dalam media sosial, Aishah berkata, dia sengaja buat begitu sebab terlalu banyak terima kecaman selepas keluar daripada program All Starz Gegar Vaganza (ASGV).



“Saya tak mahu kesihatan mental terganggu dengan komen negatif daripada mereka yang seolah-olah kenal rapat dengan saya.

“Disebabkan itu, saya juga memutuskan tidak membaca komen netizen,” katanya.

Terdahulu, pada 2017, Aishah memaklumkan sudah kembali berumahtangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiga, Faizal Sazali Zulkifli yang dinikahi pada 2010.

Bagaimanapun, Aishah enggan dedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan keempatnya.



Aishah dikurniakan anak lelaki, Armand Azhari, 30, menerusi perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 25, hasil perkahwinan kedua. BH

Saya dicop artis kahwin, cerai – Aishah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker