Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM

Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM

Pentadbir Facebook Datuk Seri Najib Razak membidas sebuah portal berita yang mengaitkan nama bekas perdana menteri itu dengan kegagalan semua objektif ‘River of Life’ yang masih belum tercapai tahun ini.

Menyifatkan laporan portal itu berniat jahat, katanya, semua yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setakat Julai 2023 berlaku selepas enam tahun pemerintahannya.

“Ini dah 6 tahun sejak Najib tidak lagi jadi PM. Adakah korang pernah baca atau tengok kerajaan-kerajaan selepas Najib petik lagi perkembangan bagi projek River of Life ini?

“Bila projek dilancar masa Najib berjaya, berebut-rebut mereka claim kredit tanpa petik nama Najib. Bila projek gagal sebab mereka tak teruskan usaha yang sepatutnya, Najib pula yang disalahkan biarpun lebih 6 tahun sudah berlalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, projek River of Life sejak 2011 tidak boleh disiapkan tahun ini dan ia juga dikatakan tidak mencapai objektifnya.

Pentadbir Facebook Najib berkata, ketika projek itu berjalan lancar dan mencapai matlamat semasa beliau memegang jawatan perdana menteri.

“Masa Najib, pencapaian River of Life semakin nampak, air semakin jernih, lampu LED semakin cantik dan air semakin kurang berbau sehingga projek dan bandaraya Kuala Lumpur disenaraikan sebagai antara 10 waterfront paling baik dalam dunia pada tahun 2018,” katanya lagi.

Projek River of Life dilancarkan di bawah pentadbiran Najib dengan peruntukan dana kira-kira RM4.4 bilion.

Projek berkenaan adalah untuk pembangunan semula Sungai Klang yang sepanjang 10 kilometer itu.

Laporan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Soraya Wan Mohd Rodzi itu berkata, dana berkenaan juga bertujuan membersihkan air sungai itu dan alirannya kira-kira sepanjang 100km ke hulu sungai.

Menurut laporan tersebut, setakat Julai 2023, sebanyak 12 projek River of Life masih dalam peringkat prapelaksanaan, lapan lagi dalam pelaksanaan manakala kontraktor penyiap belum dilantik bagi dua projek setelah ditamatkan kontrak. MG

Projek River of Life (RoL) gagal selepas Najib bukan PM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker