Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN

Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN

Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan sejak dibubarkan pada 23 Mei 2018 bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad hingga 2022 ia tidak menerima dana daripada kerajaan.

Presiden MPN, Raduan Che Rose, berkata dalam tempoh itu pihaknya menggunakan dana sendiri untuk menjalankan operasi dan bergerak sebagai entiti bebas.

“MPN ingin menjelaskan pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk membubarkan MPN serta-merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara tidak langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan berlaku penyalahgunaan dana MPN berjumlah RM373,516 melibatkan dua ahli lembaga pemegang amanahnya.

Dalam laporan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini berkata pindaan artikel pertubuhan lima tahun lalu menyebabkan objektif penubuhan badan pemikir itu tidak selari dengan penubuhan serta kerajaan tiada lagi kawalan terhadapnya.

“Didapati dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta Syarikat 2016. Berlaku penyalahgunaan dana MPN bagi pembiayaan operasi kepada dua syarikat tersebut berjumlah RM373,516,” dedah laporan itu.

Raduan berkata, LKAN yang dikeluarkan itu adalah ketika MPN tidak lagi menerima dana daripada kerajaan.

Beliau mengingatkan mana-mana pihak tidak membuat spekulasi negatif terhadap MPN susulan laporan itu.

“Saya juga guna duit sendiri untuk kos operasi MPN dalam tempoh itu (MPN dibubarkan). Kena berlaku adil, jangan ada penganiayaan…tak bagus, profesor mana nak curi duit orang, tak guna satu sen pun dana awam,” katanya.

Katanya, dalam tempoh MPN dibubarkan pihaknya mengambil inisiatif tertentu dalam menentukan kelangsungan selain membuat pindaan perlembagaannya berdasarkan status kedudukan waktu itu sebagai badan bebas.

“MPN kemudian mula diterima semula beroperasi bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya. FMT

Profesor tak curi duit orang, MPN bidas LKAN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker