Pocong tumpang trak pikap ditangkap polis

Misteri susuk putih menyerupai pocong yang didakwa ‘menumpang’ sebuah trak pikap akhirnya terungkai selepas polis mendapati dia sebenarnya seorang pekerja pemasangan khemah, lapor laman berita Medcom kelmarin.

Sebuah video rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) baru-baru ini memaparkan penampakan ‘pocong’  berdiri di belakang sebuah trak pikap yang melalui sebatang jalan di Gunungkidul, Jogjakarta.

Video tersebut  tular dengan ramai pengguna media sosial percaya ia adalah hantu pocong berdasarkan rupa bentuknya.

“Lembaga dipercayai pocong menaiki trak pikap jelas dilihat ketika kenderaan itu melalui jalan di Gunungkidul pada hari Isnin (24/6/2024) pukul 1.24 pagi (waktu tempatan),” kata keterangan asal video tersebut.

Susulan penularan video itu, polis setempat melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan dakwaan tersebut.

Hasil siasatan mendapati lembaga itu sebenarnya seorang lelaki yang baru pulang bekerja.

Balai Polis Patuk menerusi hantaran di laman Instagram berkata, ‘pocong’ itu merupakan pekerja pemasangan khemah dikenali sebagai AG.

Menurutnya, AG ketika itu dalam perjalanan pulang sejurus habis bekerja. Disebabkan berasa sejuk, dia membalut tubuhnya dengan menggunakan kain putih.

“Disebabkan mahu bergurau, AG mengikat kain di bahagian kepala menyerupai pocong lalu membuat ‘content’.

“Saudara AG sudah pun meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Balai Polis Patuk menerusi hantaran itu.

Ia turut memuat naik video memaparkan anggotanya menasihati AG, selain mengingatkan penduduk agar tidak membuat kandungan media sosial yang boleh meresahkan atau membahayakan orang ramai. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker