PN beri amaran kepada parti P. Ramasamy, jangan buat kontroversi kalau mahu kerjasama
Pemimpin bukan Melayu dalam Perikatan Nasional (PN) mengingatkan Parti Urimai supaya tidak membawa perangai ‘seakan DAP’ dengan sering mencetuskan kontroversi jika mahu bekerjasama dengan gabungan itu.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam berkata pengerusi interimnya P Ramasamy ketika berada dalam DAP selalu dikaitkan dengan kontroversi termasuk menyerang pimpinan PAS.
“Jadi perkara itu perlu dikawal dan jangan bawa sikap serta budaya melampau seperti dalam DAP apabila bekerjasama nanti termasuk selalu menyerang pemimpin PAS.
“Kena juga elak buat kenyataan kontroversi boleh mencetuskan rasa tidak puas hati kaum lain,” katanya kepada FMT mengulas kesediaan Urimai bekerjasama dengan PN jika gabungan itu sedia memperjuangkan nasib orang bukan Melayu.
Ramasamy dipetik berkata Urimau sedia bekerjasama dengan gabungan politik kecuali Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam maklum balasnya berkata PN sedia menjadikan Urimai sebagai rakan kerjasama tetapi tiada rancangan menerimanya sebagai komponen setakat ini.
Balasubramaniam berkata ketika ini sudah ada parti mewakili semua kaum dan jika ada parti baharu ia akan menyebabkan banyak isu seperti percanggahan pendapat dan perebutan kerusi dan lain-lain.
“Tapi Urimai lebih baik bantu dari luar gabungan untuk menguatkan PN.
“Masa PRU nanti kalau nak bertanding mungkin PN boleh pertimbang berdasar prestasi dan sumbanhan mereka,” katanya.
Ketua Penerangan sayap bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan pula berkata Urimai perlu menjiwai perjuangan PN jika mahu bekerjasama dan elak keluar kenyataan boleh memakan diri.
“Tak salah jika kenyataan kontroversi untuk kebaikan perjuangan dan rakyat, tetapi jangan sehingga makan diri,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya
You must be logged in to post a comment.