Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin

Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin

Seorang peguam diraja (King’s Counsel) dari United Kingdom akan mewakli Muhyiddin Yassin minggu depan semasa perbicaraan dalam permohonan semakan untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu.

Steven Perian, yang merupakan peguam diraja pertama diterima masuk ke Mahkamah Tinggi Malaya akan memperkuat pasukan undang-undang Muhyiddin di depan panel lima hakim di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini.



Seorang daripada peguam bela Muhyiddin mengesahkan penyertaan Perian dalam pasukan pembelaan ahli politik terbabit.

Steven Perian

Perian merupakan salah seorang rakan kongsi dalam firma guaman RDS Partnership yang bertindak untuk Muhyiddin dalam kes tersebut.

Portal Legal 500 memberikan pujian ke atas Perian atas kepintaran yang luar biasa dengan menyatakan peguam terbabit mempunyai minda analitikal dan pengetahuan ensiklopedia tentang undang-undang.

Pada Mac tahun lalu Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta terkait Jana Wibawa.



Mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, ahli parlimen Pagoh berkenaan didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapat dorongan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 – dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama.

Muhyiddin, 77, didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.



Tuduhan itu menyatakan pembayaran tidak dibuat kepada Muhyiddin sebaliknya diubah untuk dimasukkan ke akaun Bersatu. Mk

Peguam Diraja UK wakili Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma



Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker