Nonny Nadirah cukur rambut sendiri

Nonny Nadirah cukur rambut sendiri

Selepas menyepi, pelakon Nonny Nadirah kembali memancing tumpuan netizen apabila memuat naik video sedang mencukur rambut sendiri ala ‘crew cut’.

Menerusi rakaman video dikongsikan, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.



Sebelum itu, dia menaburkan bedak debu yang difahamkan bagi mengelakkan sisa rambut melekat pada badan.

Tidak memberi penerangan mengenai tindakan berbuat sedemikian, pelakon drama Melankolia itu hanya menulis kapsyen ‘Twinnies’ pada hantaran di laman sosialnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada tindakan Nonny membotakkan kepala memenuhi tuntutan watak bagi projek terbaru atau sebaliknya.

Begitupun, perkongsian bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima itu mendapat banyak tanda suka dikalangan pengikutnya.



Namun, ruangan komen pada hantaran tersebut ditutup sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan ramai berhubung tingkah laku Nonny itu.

Sebelum ini, dia pernah mendakwa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.

Katanya yang mengakui menyepikan diri sepanjang tempoh itu, gangguan dapat dipulihkan hasil mengamalkan bacaan ayat al-Quran. K Online

Nonny Nadirah cukur rambut sendiri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis



Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya



Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker