M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Anak pengarah dan pelakon veteran, M Jamil, 59, iaitu Sadiq Jamil, 26, mendedahkan bapanya berkahwin buat kali keempat selepas pemergian ibunya, Allahyarham Siti Rohani Wahid.

Sadiq yang juga anak hasil perkahwinan ketiga M Jamil bersama pelakon, Allahyarham Siti Rohani berkata, dia tiada masalah dengan ibu tiri biarpun bapanya memilih berkahwin lain dua tahun selepas pemergian arwah ibunya pada 2014.



“Sebenarnya, ayah berkahwin empat kali, jadi pernah ada empat isteri. Sekarang ayah bersama isteri keempat dan tinggal di Puchong.

“Arwah ibu, Siti Rohani adalah isteri ketiga. Kalau ikutkan ayah ada 11 cahaya mata, tapi untuk adik-beradik sama ibu, ada tujuh. Saya pula anak kelima.

“Hubungan dengan ayah memang baik dan tiada masalah. Kami juga tiada konflik kekeluargaan.

“Saya gembira lihat ayah bahagia bersama pilihan hatinya dan saya pun sayang keluarga baru ini,” katanya ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu lakonannya, X-Change di TGV Sunway Velocity Mall, di sini, semalam.



Sadiq berkata, selepas bapanya bercerai dengan isteri pertama dan kedua, dia hanya pernah bertemu dengan isteri kedua yang mesra disapa ‘Auntie Ani’, malah hubungan juga sangat baik.

“Isteri pertama tak pernah jumpa, isteri kedua saya panggil ‘Auntie Ani’ sangat baik. Saya sudah menganggapnya seperti ibu sendiri.

“Isteri ketiga adalah ibu saya sudah meninggal dunia, kira-kira 10 tahun lalu.

“Sekarang ayah bersama isteri keempat. Semuanya baik-baik sahaja, cuma isteri pertama sahaja tak tahu keadaannya, tapi rasanya masih ada,” katanya.



Dalam pada itu, Sadiq memberitahu, hubungannya bersama adik-beradik lain sangat akrab, malah setiap minggu akan melawat dan membantu bapa yang diserang angin ahmar sejak enam tahun lalu.

“Hubungan saya dengan adik-beradik lain baik dan tiada masalah. Saya sayang semua adik-beradik.

“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Malah, saya juga akrab dengan semua emak tiri. Ayah saya pun okay dan tak pernah terlepas mesej anak-anak tanya khabar.

“Kami adik-beradik melawat ayah setiap minggu dan bantu dari segi kewangan sebab ayah sudah tidak bekerja,” katanya.



Sebelum ini, M Jamil atau nama sebenar, Mohamad Jamil Zulkifli mengaku mengalami tekanan emosi dan kewangan selepas tidak mampu bekerja akibat diserang angin ahmar.

M Jamil yang juga anak seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad dilapor berkata, dia terpaksa berkerusi roda sehingga membataskan diri bergiat aktif dalam industri seni. BH

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma



Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker