Gas bocor di Kargo KLIA, jumlah mangsa belum diketahui
Gas bocor di Kargo KLIA, jumlah mangsa belum diketahui
SEPANG – Satu insiden kebocoran gas dikesan berlaku di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.
Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Negeri telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di kawasan itu kira-kira pukul 11.23 pagi.
“Seramai enam orang pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah hadir ke operasi tersebut,” katanya.
Komander Operasi, PBK II Muhammad Nur Khairi Samsumin berkata, pihaknya masih lagi mengenalpasti bahan kimia berkenaan dan kebanyakan pekerja di sekitar lokasi terutama di beberapa hangar pesawat mula dipindahkan ke lokasi selamat.
Difahamkan, beberapa mangsa turut di bawa ke hospital selepas mengalami pening-pening dan loya akibat terhidu gas bocor berkenaan.
Setakat ini, tidak dapat disahkan berapa ramai mangsa terlibat memandangkan tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa. K Online
Gas bocor di Kargo KLIA, jumlah mangsa belum diketahui
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis