Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar

Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas ke Malaysia.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis menghadap berlangsung di Istana Negara hari ini.

“Pertemuan Agong bersama Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula 10 pagi,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin dan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr.

Sheikh Al-Azhar kini dalam lawatan khas empat hari ke Malaysia sehingga esok atas undangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus perdana menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, menjadi detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Mesir. FMT

Agong terima menghadap Sheikh Al-Azhar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker