Ruhainies sara hidup Aliff selepas bercerai?

Ruhainies sara hidup Aliff selepas bercerai?

Pelakon kontroversi, Ruhainies tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan menyara hidup Aliff Aziz selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah.

Kesal dengan dakwaan berkenaan, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 32, menyifatkan cerita itu sebagai fitnah berat.



Ruhainies berkata, Aliff mempunyai sumber kewangan tanpa perlu bantuan orang lain.

“Itu fitnah yang sangat berat dan sudah tentu tidak benar.

“Selama ini, Aliff punya tawaran berlakon berturut-turut, takkanlah duit cepat habis atau sudah habis,” katanya ditemui selepas prosiding pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Ketika ditanya sumber pendapatannya ketika ini, Ruhainies berkata, itu bukan masalah buatnya kerana masih mempunyai pekerjaan.



“Alhamdulillah, saya masih ada projek macam biasa, tapi tak perlulah saya kongsi dahulu. Nanti tengoklah media sosial apa yang saya buat,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff berkata, dia masih mampu menguruskan kehidupan dengan wang simpanan.

“Alhamdulillah, wang simpanan masih ada. Saya masih ada duit dan doakan yang baik-baik,” ungkapnya.

Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi bacaan pertuduhan kes khalwat.



Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada jam 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.

Hakim Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan 17 Oktober depan bagi sebutan semula kes dengan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan. BH

Ruhainies sara hidup Aliff selepas bercerai?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma



Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker