Pelawak, isteri dibebas dengan jaminan polis
Pelawak, isteri dibebas dengan jaminan polis
SEORANG pelawak serta isterinya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam akan dibebaskan dengan jaminan hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu akan diberi jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.
“Siasatan tindakan tatatertib juga akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Semalam dilaporkan, pasangan berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, kira-kira pukul 7 malam.
Telefon bimbit pasangan itu turut dirampas bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Utv
Pelawak, isteri dibebas dengan jaminan polis
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya