Netizen meluat tengok Aliff, Ruhainies sedondon, bersama ke mahkamah
Netizen meluat tengok Aliff, Ruhainies sedondon, bersama ke mahkamah
Sudah namanya Aliff Aziz dan Ruhainies setiap gerak-gari dan ungkapan baik-baik yang keluar dari bibir mereka biarpun sekadar menyantuni petugas media semasa hadir ke pertuduhan kes khalwat mereka hari ini tetap mengundang perasaan dan amukan reaksi kurang senang netizen.
Kelibat kedua-duanya yang dilihat berpakaian sedondon, seiringan dan ceria ketika memasuki perkarangan mahkamah disifatkan rata-rata netizen sebagai tidak wajar memandangkan Aliff baru sahaja bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 13 Jun lalu.
Netizen juga mempersoalkan mengapa mereka perlu hadir bersama sekiranya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
“Orang pergi ke mahkamah untuk kes khalwat kalian berdua. Seharusnya mempunyai sifat malu, tetapi ini gembira dan mempamerkan wajah tidak bersalah.
“Pertama kali melihat pasangan yang ditangkap kes khalwat tersenyum lebar hadir ke mahkamah. Tiada rasa malu langsung.
“Ucapan minta doa yang baik-baik untuk kes khalwat. Kalau bercerai kita boleh pertimbangkan, tetapi ini melibatkan perkara maksiat. Macam mana hendak doakan yang terbaik
“Kalau aku jadi wartawan, aku tanya macam mana hari ini, macam tiada rasa malu,” antara luahan netizen.
Netizen memberi reaksi demikian apabila video kedua-dua pelakon terbabit tiba di mahkamah hari ini tular di media sosial.
Bagaimanapun, ada juga yang mengharapkan agar kedua-dua pelakon terbabit mengakhiri kontroversi mereka dengan berumah tangga.
“Muka sahaja mempamerkan manis-manis (wajah ceria), tetapi gelora dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kalau begini gaya, lebih baik kahwin saja.
“Bagai pinang dibelah dua. Nampak serasi,” ujar netizen lagi.
Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies, 32, hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 9.05 pagi ini bagi pertuduhan kes khalwat.
Turut hadir sama Peguam Syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili kedua-dua selebriti sensasi itu.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediaman mewah pelakon wanita itu yang terletak di tengah ibu kota. K Online
Netizen meluat tengok Aliff, Ruhainies sedondon, bersama ke mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma