KPDN kejar penyeludup 7km sebelum berjaya ditahan
Kereta penyeludup terbabas langgar pokok.
KPDN kejar penyeludup 7km sebelum berjaya ditahan
TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 550 liter minyak petrol di Kampung Bunohan di sini pada Selasa.
Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa KPDN terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer selepas kereta yang dipandu lelaki berkenaan terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Preve sedang parkir di Kampung Pak Keral.
“Semasa anggota bertugas mahu melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba pemandu kenderaan memecut laju ke arah Kampung Bunohan,” katanya.
Menurut beliau, setiba di lokasi kereta yang dipandu suspek hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kampung Bunohan.
Ujarnya, suspek kemudian telah bertindak melarikan diri dan gagal dikesan oleh anggota penguat kuasa.
Azman memberitahu, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 550 liter minyak petrol bernilai RM1,127.50.
Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“KPDN Kelantan sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.
“Dalam masa yang sama juga kami mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 kilometer dari sempadan negara,” katanya. Sinar
KPDN kejar penyeludup 7km sebelum berjaya ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya
You must be logged in to post a comment.