Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’

Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’

Biarpun menerima kecaman rakyat Malaysia kerana dikatakan pro-Israel, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur sudah habis terjual (sold out) dalam tempoh yang singkat.

Perkara tersebut diumumkan penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi sebuah hantaran dalam media sosial.



“Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” tulis penganjur.

Pelantun lagu Just The Way You Are itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang memuatkan kapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini.

Terdahulu, konsert Bruno Mars berdepan kontroversi apabila pemenang 15 trofi Grammy itu dikatakan merupakan penyokong pro-Israel.



Dakwaan itu timbul setelah tular sebuah keratan akhbar memetik kenyataan dikeluarkan penyanyi itu menyatakan rasa cintanya terhadap Israel semasa persembahannya di Tel Aviv, tahun lalu.

Sejak minggu lalu, terdapat gerakan di media sosial mengajak untuk memboikot konsert artis itu di Malaysia dengan tanda pagar ‘Say No to Bruno’. K Online

Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker