Bapa durjana ‘ratah’ anak mengaku tak bersalah
Bapa durjana ‘ratah’ anak mengaku tak bersalah
KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya yang berusia tujuh tahun di sebuah rumah di sini kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul anak perempuan berusia tujuh tahun yang mempunyai hubungan amanah dengannya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 1 tengah hari hingga 2 petang pada 23 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2016 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili peguam, Rosmizan Sulaiman.
Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu serius kerana ia melibatkan hubungan amanah iaitu bapa dan anak.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan semula kes. K Online
Bapa durjana ‘ratah’ anak mengaku tak bersalah
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)