Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat

Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat

Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Abu Suffian Abu Yaziz.



Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

“Kedua-dua hadir hari ini bersama peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin,” kata Masroha ketika dalam dewan bicara.

Aliff selepas pertuduhan dibaca turut mengaku tidak bersalah.



“Saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Ruhainies turut membuat pengakuan sama.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya.

Prosiding diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh.



Mahkamah menetapkan 12 Oktober ini sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.



Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Tangkapan dibuat JAWI adalah berdasarkan maklumat awam. Pasangan selebriti yang sibuk menjalani penggambaran drama itu, dilapor ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Instagram (IG) berhubung kontroversi tercetus.

Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.



Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. BH

Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker