Aliff pun kenal dia – Ruhainies

Aliff pun kenal dia – Ruhainies

Pelakon kontroversi, Ruhainies kesal dengan tindakan segelintir pihak menggunakan foto dan kisah peribadinya demi mengaut keuntungan.

Mengulas lanjut perkara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata selain tidak mahu orang lain tertipu, perkara itu juga boleh mendatangkan fitnah.



“Saya tidak setuju dengan perbuatan seperti itu kerana jelas menganiaya pengguna.

“Kasihan mereka yang ingin beli barang. Tak pasal-pasal timbul cerita fitnah,” katanya.

Isu tercetus apabila foto dimuat naik Ruhainies bersama seorang jejaka di Instagram Story (IGs) dalam keadaan mesra diputar belit hingga turut mengaitkan nama Aliff Aziz bagi tujuan memancing emosi aktor berstatus duda itu.

Ditanya siapakah jejaka dalam foto yang dimaksudkan, pelakon drama bersiri Hello Mr Perfect itu memaklumkan, dia hanyalah kenalan industri.



“Dia rakan industri, Aliff pun kenal,” ujarnya ditemui selepas prosiding pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pada prosiding itu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Pasangan kontroversi itu membuat tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. BH



Aliff pun kenal dia – Ruhainies

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis



Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya



Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker