Umno terbuka terima bekas ahli termasuk Tok Pa

Umno terbuka terima bekas ahli termasuk Tok Pa

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata partinya sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli, termasuk bekas menteri hal ehwal ekonomi Mustapa Mohamed.

“Pintu Umno sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin kembali,” katanya ketika ditanya sama ada Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa akan diterima kembali.



Tanpa menyebut Mustapa secara khusus, Zahid berkata bahawa bekas ahli Umno yang bercadang untuk menyertai semula parti itu mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan lembaga disiplin dan biro politik parti.

Minggu lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak tahu Mustapa telah keluar parti selepas bersara daripada politik.

Muhyiddin, pengerusi Perikatan Nasional, berkata beliau menghormati keputusan bekas Ahli Parlimen Jeli itu tetapi menyatakan kepercayaannya bahawa Mustapa masih lagi tokoh popular dalam kalangan pengundi.

Muhyiddin dilihat menaruh harapan bahawa Mustapa akan membantu kempen PN pada PRK akan datang, dengan berkata bekas wakil Umno itu masih boleh bekerjasama dengan Bersatu. Mustapa meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu pada 2018.



Beliau juga percaya Mustapa tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti lain tetapi hanya meninggalkan Bersatu untuk keluar sepenuhnya daripada politik.

Sebelum ini, FMT melaporkan Bersatu Kelantan sebagai berkata ia bersedia untuk meletakkan Mustapa dan memberi laluan kepada bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa jika PRK Gua Musang dan Jeli diadakan. FMT

Umno terbuka terima bekas ahli termasuk Tok Pa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker