Matrikulasi: Jelaskan bagaimana tak jejas kuota bumiputera

Matrikulasi: Jelaskan bagaimana tak jejas kuota bumiputera

Presiden MCA Wee Ka Siong meminta kerajaan menjelaskan bagaimana program matrikulasi dapat menampung semua pelajar yang layak tanpa menjejaskan kuota bumiputera.

Ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua lepasan SPM yang mencapai 10A ke atas dijamin tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira kaum.



Dalam catatan Facebook, Wee mengalu-alukan pengumuman itu namun menyorot cabaran untuk menampung pelajar Cina yang mencapai 10A dalam syarat kemasukan matrikulasi terbaru itu.

“Bagaimana semua pelajar SPM kaum Cina yang mencapai 10A dapat diterima masuk sekiranya dasar pengambilan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera tidak berubah?

“Ini kerana setiap tahun, jumlah pelajar Cina yang memperoleh keputusan SPM cemerlang jauh melebihi jumlah yang diterima masuk program matrikulasi,” soalnya dalam catatan Facebook.

Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa dasar kemasukan matrikulasi itu untuk meredakan ketegangan kaum sambil menegakkan meritokrasi.



Matrikulasi, alternatif kepada STPM, menyediakan 90 peratus tempat untuk pelajar bumiputera dan 10 peratus untuk bukan bumiputera.

Mengulas lanjut, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mempersoalkan sama ada kemasukan akan berdasarkan kapasiti berbanding kuota semasa untuk pelajar bukan bumiputera.

Dia memetik data terkini yang menunjukkan perbezaan dalam kemasukan, menimbulkan persoalan logistik di bawah dasar baru itu.

“Adakah kerajaan merancang untuk membuat pengambilan berdasarkan kapasiti atau tempat yang sedia ada, dan bukannya jumlah pelajar bukan Bumiputera untuk menentukan kuota 10 peratus?” soalnya.



Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir sebelum ini memberi jaminan bahawa kuota bumiputera tidak terjejas dan menjamin tempat mencukupi untuk pelajar yang mendapat 10A dan ke atas dalam program asasi universiti dan matrikulasi.

Sambil menyatakan sentimen yang sama, Senator Dewan Negara Sivaraj Chandran berkata dia bimbang pelajar India berasa terpinggir dan mencadangkan kuota khas 2,500 tempat untuk mereka di matrikulasi.

“Langkah ini perlu bagi memastikan pelajar India tidak terus terpinggir dan mendapat peluang yang sama dalam pendidikan tinggi,” kata bekas ketua Pemuda MIC itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh mencadangkan kuota bumiputera dinaikkan selaras dengan peruntukan tambahan untuk pelajar bukan bumiputera di bawah dasar baru itu.



Akmal turut menegaskan bahawa mereka yang diterima masuk ke matrikulasi mestilah fasih berbahasa Melayu. Mk

Matrikulasi: Jelaskan bagaimana tak jejas kuota bumiputera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker