Harga barangan elektrik naik pada Julai
Harga barangan elektrik naik pada Julai
Susulan kenaikan kos pengangkutan laut antarabangsa, harga barangan elektrik di Malaysia dianggarkan meningkat antara lima hingga 10 peratus pada Julai.
Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia, Ng Chye Weng berkata, kenaikan kos pengangkutan telah memberi impak kepada operasi dan pasaran barangan elektrik.
“Berdasarkan laporan, kos pengangkutan global telah meningkat 40 peratus dan menyebabkan kenaikan harga barangan elektrik,” katanya seperti dipetik Nanyang Siang Pau.
Kali terakhir kenaikan harga barangan elektrik adalah pada April lalu dengan kadar antara tiga hingga lapan peratus.
Pada masa itu, peniaga memetik faktor kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan kos pengangkutan dan kos bahan mentah meningkat.
Chye Weng berkata, perkembangan teknologi baharu dan ketidaktentuan ekonomi mewujudkan cabaran dalam industri apabila menyebabkan permintaan dan tabiat pengguna berubah.
“Oleh itu peniaga barangan elektrik juga perlu maju seiring dengan perubahan zaman dan terus berinovasi untuk meningkatkan daya saing,” katanya. MG
Harga barangan elektrik naik pada Julai
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen
You must be logged in to post a comment.