Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
Jakarta : Meskipun berita pertunangan penyanyi sensasi Indonesia, Ayu Ting Ting dan ‘abang tentera’ dikenali Lettu Muhammad Fardhana mendapat liputan meriah, namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini dikhabarkan sudah putus selepas enam bulan mengikat pertunangan dan sekali gus meranapkan impian Ayu Ting Ting untuk bergelar isteri semula yang sudah 10 tahun hidup menjanda.
Cekal melalui ketentuan takdir, Ayu Ting Ting sendiri tampil mengaku kepada media tempatan Indonesia bahawa pertunangannya bersama Fardhana sudah putus pada 22 Jun lalu, manakala 27 Jun pula secara rasmi dalam pertemuan keluarga.
“Mungkin banyak masyarakat yang sudah bertanya-tanya (spekulasi putus tunang), jadi di sini saya bersedia untuk menyampaikan khabarnya.
“Saya ingin memberitahukan bahawa pertunangan dengan Mas Dhana (panggilan Fardhana) sudah putus sejak tanggal 22 Jun, dan itu hanya di antara kami.
“Bagaimanapun, pada tanggal 27 Jun pula ada pertemuan antara saya dengan pihak keluarganya. Alhamdulillah, secara rasmi (putus tunang),” katanya seperti yang dilaporkan portal berita.
Tidak berkongsi sebab terperinci mereka putus tunang, Ayu Ting Ting selesa mengambil pendekatan mengunci mulut, berikutan mungkin terlalu ‘privacy’ untuk diberitahu kepada umum.
“Saya tahu banyak juga yang bercakap mengenai putus tunang ini kerana masalah ekonomi dan lain-lain. Namun, saya tegaskan kalau dari masalah ekonomi itu, tidak mungkin keputusan saya ambil sampai sejauh ini.
“Dari awal pun kami sudah saling terima (berkaitan kewangan). Cuma, mungkin ini yang terbaik buat saya dan Bilqis. Saya berasa kerana Allah menjaga saya dan Bilqis juga,” katanya.
Terdahulu, Ayu Ting Ting pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Februari 2013, tetapi sah bercerai pada 1 April 2014 serta hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. HM
Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim
Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?