Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen

Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail supaya mematuhi peraturan Dewan Rakyat berhubung etika berpakaian ketika hadir pada sidang Dewan Rakyat.

Peringatan itu susulan tindakan Saifuddin yang berbaju batik ketika hadir di Dewan Rakyat dan ditegur oleh ahli Parlimen pembangkang kerana tidak mematuhi peraturan.

“Saya pun nak peringatkan menteri dalam negeri supaya ikut peraturan Parlimen.

“Saya setuju dengan Hulu Terengganu,” kata Anwar pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri pagi ini.

Dia kemudiannya menjawab soalan yang dibangkitkan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).

Terdahulu sebelum mengemukakan soalan kepada perdana menteri, Rosol yang melihat Saifuddin berbaju batik membangkitkan soal etika berpakaian ke Dewan Rakyat.

“Sebelum saya nak tanya soalan ini, saya nak tanya etika berpakaian di Parlimen ini, batik boleh pakai hari apa.

“Sebab saya nampak menteri KDN pakai batik hari ini, minta maaf menteri,” soalnya.

Pada 11 Okt 2021, Dewan Rakyat meluluskan cadangan membenarkan ahli Parlimen memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Menteri di jabatan perdana menteri ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.

Katanya, pemakaian baju batik itu bagaimanapun bukan mandatori, sebaliknya secara sukarela. Mk

Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker