3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal

3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal

Wakil daripada tiga parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang tampil membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Machang daripada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, hari ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Machang Mohd Fakaaruddin Ismail berkata laporan polis oleh beliau dan wakil dari Amanah serta PKR dibuat berikutan dakwaan oleh Wan Ahmad Fayhsal semalam yang mengatakan bahawa peruntukan kepada ahli parlimen terbabit dilencongkan kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.



Beliau berkata pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Machang itu yang dianggapnya fitnah, berniat jahat, selain mempunyai pandangan serong terhadap parti-parti politik Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad Fayhsal adalah fitnah dan kami wakil dari parti politik Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan itu, kami tidak menerima sebarang peruntukan seperti didakwa beliau.

“Dakwaan dilontarkan itu tidak masuk akal, sepatutnya beliau perlu bercakap berpaksikan fakta. Malah tidak pernah berlaku dalam sejarah peruntukan dari kerajaan untuk parlimen dilencongkan kepada parti-parti politik,” dakwanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang hari ini.



Kira-kira 100 penyokong kerajaan turut berhimpun di sini bagi menyatakan sokongan, di samping sebagai tanda protes secara aman terhadap Wan Ahmad Fayhsal.

Semalam media melaporkan Wan Ahmad Fayhsal mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima sebagai wakil rakyat telah dilencongkan kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Mohd Fakaaruddin berkata pihaknya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap ahli parlimen sebagai pengajaran. Mk

3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim



Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?



Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker