Awie bakal timang anak ketujuh

Awie bakal timang anak ketujuh

Awie sudah bersedia untuk menyambut kelahiran anaknya yang ketujuh. Dan dia sudah memilih nama Arjuna untuk anak tersebut.

Awie sepanjang tahun lalu dan tahun ini sibuk dengan persembahan dan konsert sama ada bersama Wings ataupun untuk konsert solo.



Dan dia menyatakan perasaan teruja untuk menyambut kelahiran cahaya matanya yang baharu itu nanti.

Bercakap kepada Oh Bulan, Awie berkata: “Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!

“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah.”

Awie dedahkan bahawa isterinya dijadualkan masuk ke bilik bersalin pada sehari selepas dia tamat urusan kerjanya di Kelantan. Di mana isterinyta dijadualkan untuk bersalin menerusi pembedahan pada 7 Julai.



Awie bertekad mahu terus pulang pada malam itu juga sebaik sahaja urusannya di Kelantan itu selesai.

Awie menyatakan itu adalah sebahagian daripada pengorbanannya sebagai anak seni. Dan kadangkala dia benar benar rasa bersalah ke atas isteri dan anak anaknya.

Dia menambah: “Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan.”

Awie ketika ini dalam persiapan untuk Konsert “Journey” Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni. Vc



Awie bakal timang anak ketujuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim



Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?



Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker