Universiti Malaya ke-60 terbaik dunia

Universiti Malaya ke-60 terbaik dunia

Universiti Malaya (UM) melonjakkan kedudukannya ke tangga 60 untuk berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia yang disenarai oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025.

Tahun lalu, UM menduduki tangga ke-65 dan peningkatan ketara itu disebabkan oleh penunjuk Hasil Pekerjaan dan peningkatan dalam nisbah fakulti serta pelajar antarabangsa.



Berdasarkan laporan berkenaan, Malaysia mempunyai 28 institusi pengajian tinggi yang berada dalam kedudukan berperingkat, dengan 14 daripadanya sedang berusaha meningkatkan kedudukannya, lapan kekal stabil dan enam lagi berada pada kedudukan yang jatuh.

Ia sekali gus memberikan kadar peningkatan keseluruhan sebanyak 29 peratus.

Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter, dalam kenyataan berkata, perjalanan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi bergantung kepada kualiti sistem pendidikannya.

Katanya, dengan memberi tumpuan kepada membangunkan asas pendidikan yang kukuh di peringkat rendah dan menengah, Malaysia berupaya memupuk generasi pelajar universiti akan datang.



“Pengalaman pembelajaran mereka perlu disertakan sekali dengan kemahiran dan kecekapan, memupuk kemahiran teknikal dan manusia yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi global yang semakin berteraskan kecerdasan buatan (AI).

“Pendekatan ini adalah kritikal bukan saja untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi tenaga kerja mahir ketika negara bersaing dengan rakan serantau seperti Singapura, Korea dan Vietnam.

“Senarai kedudukan kami menekankan kepentingan kebolehpasaran dan kemampanan, kawasan di mana Malaysia mempunyai ruang untuk pertumbuhan di samping penyelidikan kehebatan yang menjadi pemacu utama bagi daya tahan dan kemakmuran ekonomi masa depan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai hab pendidikan yang semakin berkembang, bersaing secara aktif untuk mendapatkan sebahagian besar pelajar antarabangsa.



“Dengan lima universiti disenaraikan antara 100 terbaik dunia untuk penunjuk Nisbah Pelajar Antarabangsa dan empat universiti antara 200 terbaik untuk Nisbah Fakulti Antarabangsa, Malaysia sedang mengorak langkah besar ke arah matlamat untuk menarik 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025.

“Selain itu Education Malaysia Global Services (EMGS), yang beroperasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pengajian.

“Walaupun angka rasmi mengenai pendaftaran asing tidak dikeluarkan, pada tahun 2022 dianggarkan jumlah keseluruhan antara 130,000 dan 170,000 pelajar.

“Pasaran sumber teratas ialah China, Indonesia, Bangladesh, India dan Nigeria dengan China menyumbang hampir separuh daripada pendaftaran.



“Bagaimanapun, dari sudut impak penyelidikan, Malaysia masih kurang berbanding rakan serantau dan globalnya,” katanya.

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada kedudukan 138 meningkat 21 anak tangga, diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) berada pada kedudukan 146, Universiti Putra Malaysia (148), Universiti Teknologi Malaysia (181).

Universiti lain yang berada dalam senarai kedudukan ialah Taylor University di tangga 251, Universiti UCSI (265), Universiti Teknologi PETRONAS (269), Universiti Antarabangsa INTI (516), Universiti Sunway (539), Universiti Utara Malaysia (554), Universiti Pengurusan Sains (580), Universiti Teknologi MARA (587), Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (611), Universiti Tenaga Nasional (641), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (661), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (741), Universiti Tunku Abdul Rahman (801) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (951). BH

Universiti Malaya ke-60 terbaik dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker