Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit

Hakim Amarjeet Singh juga menjadualkan semula keputusan sama ada Najib Razak diberi kebenaran membuat semakan kehakiman.

Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit

Mahkamah Tinggi membenarkan dua afidavit dijadikan keterangan termasuk daripada Najib Razak, dalam cubaan bekas perdana menteri itu memastikan pihak berkuasa membenarkannya jalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Juga dibenarkan masuk sebagai keterangan melibatkan afidavit difailkan lewat bulan lalu oleh Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail, untuk menyokong permohonan Najib.



Susulan itu, Hakim Amarjeet Singh, yang sepatutnya membuat keputusan sama ada Najib diberi kebenaran memulakan semakan kehakiman hari ini, menjadualkan keputusan itu pada 3 Julai.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, berkata afidavit tambahan Najib telah difailkan minggu lalu.

“Dua afidavit dikemukakan itu untuk bukti baharu. Kami membantahnya kerana dokumen berkenaan difailkan menerusi surat tanpa kebenaran mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas pendengaran.

Bagaimanapun, beliau berkata hakim membenarkan dua afidavit dimasukkan sebagai keterangan. Turut sama hadir bagi mewakili pendakwaan – Ahmad Hanir Hambaly dan Ainna Sherina Saiful Amin.



Shamsul berkata, Pejabat Peguam Negara kekal dengan pendirian bahawa afidavit tersebut tidak sepatutnya menjadi sebahagian keterangan kes.

Dalam pada itu, dalam afidavit, Wan Rosdy berkata beliau diberitahu Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno Tengku Zafrul Aziz bahawa bekas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menitahkan perintah tambahan membenarkan Najib melalui hukuman tahanan rumah.

Bagaimanapun, menteri besar Pahang itu berkata, beliau tidak mempunyai salinan dokumen dalam milikan memandangkan ia dokumen rahsia yang belum dilaksanakan.

Rosdy berkata, beliau kemudian mendedahkan kandungan perintah tambahan tersebut kepada Presiden Umno Zahid Hamidi dan rakan MKT lain, Azalina Othman Said, Johari Ghani, dan Ahmad Maslan, di kediaman Zahid di Kajang, pada 30 Jan.



Beliau berkata, Zahid mengesahkan perkara itu selepas dimaklumkan Tengku Zafrul pada awal hari sama.

Zahid memfailkan afidavit pada 7 April untuk menyokong permohonan kebenaran Najib, menyatakan beliau melihat salinan perintah tambahan dalam telefon bimbit Tengku Zafrul, ketika perbincangan mereka.

Pada 3 Mei, Amarjeet menolak permohonan Tengku Zafrul ‘membetulkan beberapa kesalahan’ dalam kandungan afidavit Zahid.

Bagaimanapun, mahkamah berkata Tengku Zafrul boleh mengemukakan permohonan sama jika Najib mendapat kebenaran mahkamah seperti dipohon.



Dalam permohonan difailkan pada 1 April, Najib mendakwa Al-Sultan Abdullah mengeluarkan perintah tambahan itu dalam pertemuan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan, sehari sebelum penggal sebagai Agong tamat.

Najib mahu mahkamah memerintahkan kerajaan melaksanakan perintah tambahan dimaksudkan, jika ia wujud, dengan meletakkan dirinya sebagai tahanan rumah.

Pada 2 Feb, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bahawa pada tiga hari sebelum itu, bersetuju memendekkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International kepada enam tahun. Lembaga juga mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70, ketika ini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dan dijadual bebas pada 23 Ogos 2028. FMT



Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker