Ini komen Jaclyn Victor selepas bekas suami berkahwin semula

PUTRAJAYA: Penyanyi Jaclyn Victor, 46, berkongsi kegembiraan apabila bekas suami, Shawn Rivera sudah pun berkahwin lain pada April lalu.

Mengulas lanjut, Jaclyn atau lebih akrab disapa Jac mengetahui berita itu menerusi Instagram Story (IGs) lelaki itu turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan Rivera yang juga anggota kumpulan AZ Yet.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkahwinan mereka, namun mendapat tahu menerusi IGs yang dimuat Rivera.



“Saya mengucapkan tahniah dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya doakan Rivera dan isterinya bahagia selamanya.

“Sejujurnya, saya sangat gembira kerana akhirnya dia bertemu dengan seseorang dan berkahwin,” katanya ditemui pada sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert, di sini, hari ini .

Konsert anjuran Banyak Bagus Entertainment dan Awake Production bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan.

Dalam pada itu, penyanyi Bertamu Di Kalbu itu turut memaklumkan mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.



“Kami masih berkawan baik dan cuba untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak.

“Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

“Memandangkan bekas suami tidak tinggal di sini, jadi dia menggunakan teknologi berhubung dengan anak-anak.

“Awal Mei lalu, bekas suami datang ke Malaysia dan meluangkan masa bersama anak-anak,” ujarnya.



Terdahulu, rumah tangga Jaclyn dan Rivera berakhir apabila pasangan berkenaan bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Berita perceraian dikongsi Rivera menerusi Facebook dan mengakui keputusan berkenaan sangat sukar buat mereka.

Jaclyn dan Rivera berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker