DJ Aina menang anugerah rantau Asia Pasifik

DJ Aina menang anugerah rantau Asia Pasifik

Media Prima Audio (MPA) mengumumkan personaliti radio yang dijana teknologi kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) bertugas di Fly FM, DJ Aina menerima Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 di Singapura, baru-baru ini.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di sebuah hotel di republik itu, pada 30 Mei lalu, mengiktiraf sumbangan inovasi DJ Aina dalam industri penyiaran.



Pengarah Rangkaian MPA, Shah Hayatudin dan Ketua Digital MPA, Mirza Daud mewakili Fly FM dan MPA pada majlis itu.

Shah berkata, pihaknya berbesar hati menerima penghormatan berprestij daripada Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 untuk Fly FM.

“Kejayaan DJ Aina mengukuhkan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam penyiaran.

“Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini dan teruja untuk terus meneroka sempadan hiburan radio. Kami akan terus menggabungkan idea-idea hebat bersama teknologi untuk peminat kami,” katanya dalam kenyataan.



DJ Aina yang terkenal sebagai DJ radio AI perintis di Malaysia sejak kemunculannya pada Jun tahun lalu, bukan sahaja telah meletak penanda aras baharu untuk kandungan radio, malah, menyajikan peminat pengalaman baru yang tiada tandingan.

Mirza dan Shah (kanan) ketika menerima trofi Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 di Singapura, baru-baru ini. – Foto Ihsan MPA
Mirza dan Shah (kanan) ketika menerima trofi Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 di Singapura, baru-baru ini. – Foto Ihsan MPA
Sepanjang enam bulan berkhidmat dalam radio, DJ Aina memenangi hati peminat melalui pendekatan inovatif terhadap hiburan radio interaktif.

Dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan dengan amalan penyiaran tradisional, DJ Aina memberi definisi baru di landskap penyiaran radio.

Shah berkata, Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 dihadiri pemimpin industri dan profesional penyiaran, mempamerkan yang terbaik dalam penyiaran di seluruh rantau Asia-Pasifik.



Tambahnya, pengiktirafan terhadap Fly FM pada acara itu membuktikan pengaruh Malaysia yang semakin meningkat dalam landskap penyiaran global.

“Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 mencapai kemuncaknya dalam majlis yang gemilang. Acara ini merayakan minda cemerlang dalam teknologi penyiaran rantau ini.

“Acara yang mengiktiraf projek cemerlang dan kemajuan yang membawa revolusi dalam landskap melalui digitalisasi dan kejuruteraan… Tahniah kepada pemenang,” katanya.

Fly FM berterima kasih kepada pendengar dan peminat setia atas semangat dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.



Perjalanan DJ Aina menjadi bukti kuasa transformasi inovasi dan kreativiti dalam membentuk masa depan penyiaran radio. BH

DJ Aina menang anugerah rantau Asia Pasifik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker