Titah TMJ sangat bijaksana, selari dengan prinsip perlembagaan dan undang-undang

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata beliau menyokong titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahu siasatan menyeluruh dibuat berhubung kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi orang kenamaan di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teo berkata langkah itu selari dengan prinsip perlembagaan dan undang-undang yang diamalkan di negara ini serta berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.

“Kenyataan Pemangku Sultan Johor sangat-sangat bijaksana dan ini menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) semestinya akan menjalankan satu siasatan yang telus.



“Paling penting saya harap pihak PDRM boleh menyiapkan siasatan secepat mungkin dan kalaulah ada unsur-unsur jenayah, silalah bawa pelakunya ke mahkamah secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Larian Amal Komuniti VegRun 2024 di Iskandar Puteri hari ini.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata siasatan telus penting agar semua pihak faham bahawa perlembagaan dan undang-undang negara perlu dihormati dan diamalkan.

Beliau juga meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Jumaat lepas Tunku Mahkota Ismail dilapor bertitah menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian yang berlaku pada 28 Mei lepas itu supaya keadilan dapat diberikan kepada mangsa.



Berhubung Program Larian Amal Komuniti VegRun, Teo berkata lebih daripada 3,400 peserta menyertai larian amal tersebut yang bertujuan memupuk gaya hidup dan pemakanan sihat.

Pada program itu beliau turut menyertai larian kategori 11 kilometer selepas menyempurnakan flag off acara amal itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker