Kes pukul OKU: Ragu pada buat sila buat aduan pada IPCC – Menteri Undang-Undang
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah diwujudkan sebagai langkah alternatif selaras dengan komitmen kerajaan MADANI untuk melindungi hak rakyat terutama golongan rentan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian susulan terdapat pihak yang meragui siasatan kes seorang anggota pengiring orang kenamaan didakwa memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).
“Bagi negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang seperti Malaysia, tiada sesiapa pun yang melebihi undang-undang dan konsep undang-undang memperuntukkan bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas titah pandangan serta saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa pada Rabu lepas berkata pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari, Selasa oleh mangsa iaitu pemandu e-panggilan yang mendakwa telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.
Mangsa yang berusia 46 tahun kemudian membuat laporan kedua pada 9.59 malam hari sama menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes.
Berdasarkan laporan media, mangsa membuat laporan selepas dipukul ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibrahim nak tolong Anwar punggah ‘duit’ Mahathir dari luar negara
- Janganlah macam ini Tuan Guru
- Kena buka tudung pulak, keluh Norish Karman
- Britney Spears bikin kecoh
- Mahathir minta Anwar bawa balik berbilion duit curi
- Tentera tendang kepala seorang lelaki depan orang ramai
- Tunjuk ‘kemaluan’ dan bercakap lucah ketika panggilan video, ‘content creator’ ditahan polis
- Pulangkan semula, bukan hak kita
- Cliff Umar mengaku miliki heroine, berdepan penjara 5 tahun
- Hassan betul tentang kes pengiring kerabat raja pukul OKU, tapi…
- Ini punca mengapa Cameron Highland sesak teruk menjelang cuti sekolah
- Tajuddin mahu kembali kepada UMNO
- Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan
- ‘Sidai’ murid tengah panas, KPM akan ambil tindakan
- Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap
You must be logged in to post a comment.