Jemaah Haji yang terkandans ‘dikencing’ agensi, pulang ke tanah air esok

Suami isteri yang terkandas hampir sebulan di Makkah selepas tidak dapat mengerjakan haji, dijangka pulang ke tanah air esok.

Anak mangsa, Ena Awil, 33, berkata, ibu bapanya akan berlepas dari lapangan terbang Jeddah, transit ke Singapura dan di jangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.15 petang esok.

Menurutnya, dia bersyukur menerima berita gembira itu selepas wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menghubunginya 3 petang semalam dan menyatakan tiket pulang ibu bapanya disediakan oleh pihak agensi selepas diarahkan pihak konsulat.

Katanya, pihak konsulat juga akan membantu perjalanan ibu bapanya menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain dari Makkah ke Jeddah manakala pasport pula akan diserahkan kepada pasangan itu apabila mereka tiba di Jeddah.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa semasa menghubunginya pada 9 malam tadi dan mereka sangat teruja serta mahu segera pulang ke tanah air,” katanya ketika dihubungi.

Suami isteri berusia 60 dan 58 tahun dari Nilai, Negeri Sembilan ini berlepas ke Makkah pada 2 Mei lalu dengan sebuah agensi pelancongan, dengan menggunakan visa pelancong.

Selepas menyedari pihak agensi tidak dapat menyediakan visa haji, mereka mahu pulang ke tanah air kerana khuatir ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Bagaimanapun, pihak agensi enggan menyerahkan pasport dan mengarahkan mereka menandatangani surat akuan dengan mengenakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya tidak memburukkan agensi berkenaan kepada awam dan sekiranya berlaku pelanggaran syarat, mereka boleh berdepan saman.

Susulan kejadian itu, anak kepada pasangan ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Nilai, Negeri Sembilan, Rabu lalu.

Difahamkan, kes berkenaan ada hubung kait dengan tiga bakal jemaah haji terkandas di KLIA membabitkan agensi pelancongan sama yang diuruskan oleh suami isteri berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker